Aku yang tak layak

Aku dah tak layak untuk merasakan kebahagiaan..
Kebahagiaan yang dihadirkan amat menyakitkan kerna aku diwujudkan untuk menumpang kebahagiaan dalam kedukaan seseorang.
Bodoh.! Betapa bodohnya aku telah dipermainkan sekali lagi dengan turut memberikan cinta ku kepada dia..
Sedih aku sedih walaupun sebenarnya kekasih hati dia yang sepatutnya lebih sedih dari apa yang aku rasakan..
Tapi aku tak layak diperlakukan dan dipersalahkan atas segala hal ini kerna yang mengejar takkan terlayan jika tidak berhenti mengejar.
Maksud aku, kau yang masih mengejar aku tikamana kau sendiri tahu aku dah tak mahu untuk dikejar oleh dirimu tapi kau tetap untuk terus kejar dan mencari dimana keberadaan ku.
Jikalau aku tahu beginilah hal yang akan terjadi, takkan aku BUKA PINTU sekali lagi untuk kau.
Aku menyesal membenarkan diriku disakiti sekali lagi dengan sebegini sadisnya aku dipersalahkan bagi menutup kesalahan kau yang mengejar aku.

Pernah sakit
Tapi tak pernah sesakit ini.
Kebahagiaan yg ingin dimiliki tak layak sesekali untuk dimiliki.
Aku punya perasaan.
Bukannya tiada perasaan.
Tegarnya kau pergi dengan mengatakan aku yang bersalah.
Kau pergi tanpa hadirkan waktu untuk bersama.
Kau diamkan dirimu.
Dan akhirnya, aku rasakan tiada layaknya aku dicintai lagi.
Tiada layaknya aku dihargai.
Tiada layaknya aku disayangi.
Dan tiada layaknya aku dibahagiakan dan membahagiakan.
Terima kasih kerna pernah pinjamkan hati untuk dijaga dan untuk disinggahi.
-MengZuey, Sept 29 2018

Comments

Popular posts from this blog

N.O.T.H.I.N.G ?

Macam biasa

I Just Dont Know What To Do