C.I.N.T.A.?

Aku tidak dapat mendefinisikan cinta itu seperti apa.. 
Hanya yg aku dapat, kongsikan apa yg aku rasa terhadap cinta itu ..
Memang benar cinta pertama kita adalah keluarga kita sendiri ..
Tapi kita juga harus akur, diri ini perlunya juga dicintai, disayangi dan diingini ..
Dicintai,
Dicintai ini kekadang senang, kekadang susah kerna hati seseorang amat sukar utk diduga .. Pabila dicintai segalanya indah, dibutanya kita terhadap indahnya rasa dicintai .. terasa amat bahagianya diri apabila menyedari ada yg masih mencintai kita.. Jgn pernah sesekali melepaskan org yg mencintai kita demi org yg kita sukai kerna amat payah utk kita menemui orang yg sudah benar2 menyayangi kita dan ambil berat terhadap kita .. Memang benar utk suka dan menyukai ini mengambil masa tetapi jgnlah kita terlalu memilih si dia dan memang benar utk menyukai si dia, kau juga harus punyai rasa cinta terhadap dirinya kerna kalau tidak amat susah utk kau merasakan kebahagiaan yg si dia berikan ..
Disayangi,
Tiada yg indah hendak ku nyatakan mengenai disayangi kerna perasaan sayang ini semua orang boleh berikan kpd kita, tetapi hanya akan rasa indahnya bila disayangi oleh insan yg benar2 menyayangi diri kita.. 
Diingini,
Diingini bagi aku disini adalah rasanya kita dihargai.. Dihargainya kita pabila si dia benar2 mewujudkan kehadiran kita dihatinya .. Aku tiada kata yg lebih indah utk aku gambarkan perasaan ini, tetapi cukuplah aku nyatakan bahawa diingini ini indah rasanya pabila suatu ketika dahulunya kita selalu dipermainkan hati ini hinggakan sukarnya hati ini merasakan masih adakah yg diluar sana inginkan kita jd yg terindah dalam hidupnya .. Jgnlah pernah merasa cukup utk bahagia kerna bagiku, rasailah kecewa terlebih dahulu sebelum inginkan lebihnya rasa bahagia kerna yg indah utk bahagia takkan bertahan lama .. bahagia kekadang hadirnya hanya utk seketika ..
Justeru itu, Cintailah, Sayangilah dan Inginilah seseorang yg telah hadir dalam diri kita sepenuhnya sptmana pertama kali perkenalan diantara kau dan dia..
Hargailah mereka dan jagalah mereka selagi mereka belum memandang yg lain selain dirimu ..

Comments

Popular posts from this blog

Aku yang tak layak

N.O.T.H.I.N.G ?

Nothing much to say .